Masihkah anda ingat laporan kami mengenai
bateri Samsung Galaxy Note7 yang meletup ketika pengecasan?, nampaknya kes yang dilaporkan itu bukanlah satu kes yang disebabkan oleh pengunaan kabel USB yang tidak tulen.
Samsung dilaporkan telah menerima 35 laporan bateri meletup sehingga 1 September ini dan selepas melakukan siasatan lanjut terhadap kes-kes ini, Samsung telah menjumpai masalah bateri pada telefon pintar Samsung Galaxy Note7 ini.
Samsung kini didalam proses mencari punca masalah bateri ini dengan kerjasama pembekal mereka dan dengan mengambil kira keselamatan pengguna, Samsung telah menghentikan penjualan Galaxy Note7 dengan serta merta diseluruh dunia.
Bagi pemilik terawal Samsung Galaxy Note7 di Malaysia, Samsung akan menggantikan kesemua peranti ini dengan satu unit Galaxy Note7 yang baru didalam beberapa minggu lagi.
Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai isu Galaxy Note7 ini anda boleh menghubungi Samsung Malaysia Careline di 1-800-88-7799.
Reputasi Samsung sudah pastinya terjejas dengan isu bateri yang meletup ketika pengecasan ini persoalan besar adalah bagaimana Samsung tidak menjumpai masalah ini ketika proses pembuatan dan ujian sebelum pengeluaran dilakukan.
Share this: