Telefon pintar utama Huawei iaitu Huawei P9 dan P9 Plus telah dilancarkan beberapa bulan lalu dan syarikar China ini berada didalam landasan terbaik untuk mencipta rekod penjualan yang terbaik didalam sejarah mereka.
Pada IFA 2016, Huawei telah mengumumkan bahawa Huawei P9 akan hadir didalam dua warna baru iaitu warna merah dan biru.
Kedua-dua warna ini dilihat sangat menarik dan sudah pastinya mempunyai peminat yang tersendiri.
Warna baru ini dijangka akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi dan diharapkan akan mempunyai harga penjualan yang sama seperti Huawei P9 yang lain iaitu RM 2,099.
bercakap mengenai Huawei P9 Plus, ianya mempunyai harga penjualan RM 2,599 namun tidak dapat kami pastikan samada warna ini akan turut ditawarkan pada P9 Plus.
Share this: