Quantcast
Channel: Java, Android, Virtual, Social, International, and News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2972

Apple iPhone 7 dan iPhone 7 Plus dilancarkan secara rasmi

$
0
0

Share this:
facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedin

image

Apple secara rasminya telah melancarkan Apple iPhone 7 dan iPhone 7 Plus awal pagi tadi dan ianya hadir dengan beberapa ciri baru yang pertama kali diperkenalkan pada iPhone.

Seperti yang kita telah jangkakan, Apple masih mengekalkan reka bentuk yang sama bagi iPhone 7 dan iPhone 7 Plus namun dengan dua warna baru selain jalur antena yang kurang menonjol.

apple-iphone7

Apple iPhone 7 dan iPhone 7 Plus hadir dengan saiz skrin paparan yang sama seperti sebelum ini iaitu Retina HD berukuran four.7-inci dan 5.5-inci.

Walaubagaimanapun, skrin paparan ini adalah 25% lebih cerah dengan Vast Shade Gamut.

Beralih kepada pemproses pula, kedua-dua Apple iPhone 7 ini hadir dengan cip Apple 10 Fusion yang dikatakan dua lebih pantas berbanding cip yang digunakan pada Apple iPhone 6 manakala jika dibandingkan dengan cip pemprosesan yang digunakan iPhone 6s ianya adalah 40% lebih pantas. Cip baru ini juga menjanjikan jangka hayat bateri yang lebih lama dengan tambahan 1-2 jam pengunaan berbanding 6S dan 6S Pluimageimage

Beralih kepada kamera, kedua-dua Apple iPhone 7 kini memiliki kamera yang baru dimana kamera iPhoneme 7 kini memiliki OIS manakala kamera iPhone 7 Plus lebih maju dengan unit kamera 12MP ( satu unit lensa lebar , satu unit telephoto) yang turut mempunyai pengzooman optik 2x selain pengzooman digital yang lebih baik sehingga 10ximage

Apple iPhone 7 dan iPhone 7 Plus juga menjadi telefon pintar pertama daripada Apple untuk memiliki pensijilan kalis air dan habuk IP67.

image

Selain itu, Apple iPhone 7 dan iPhone 7 Plus juga hadir dengan pembesar suara stereo yang dikatakan dua kali ganda lebih lantang berbanding iPhone.

image

Selain itu, Apple iPhone 7 dan iPhone 7 Plus juga kehilangan slot audio three.5mm dan Apple akan menggunakan slot lightning selain turut menyertakan satu adapter untuk penggunaan earpod lama.

imageimage

Apple juga telah meningkatkan kapasiti memori simpanan dalaman iPhone 7 dan iPhone 7 Plus dengan tiga kapasiti iaitu 32GB, 128GB dan 256GB pada harga penjualan yang sama seperti sebelum ini.

Selain itu, Apple iPhone 7 dan iPhone 7 Plus kini hadir didalam 5 pilihan warna iaitu emas, perak, emas ros , hitam dan hitam ‘jet’ (eksklusif untuk iPhone 7 dan iPhone 7 Plus 128GB dan 256GB sahaja).

Apple iPhone 7 dan iPhone 7 Plus akan dibuka untuk tempahan mulai 9 September ( bukan di Malaysia) dengan penjualan bermula 7 hari kemudian.

Seperti biasa, Malaysia tidak disenaraikan sebagai antara pasaran terawal untuk menerima iPhone 7 dan iPhone 7 Plus namun ianya dijangka memasuki pasaran tempatan sekitar bulan hadapan.

Share this:
facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedin

Source link

Incoming search terms:


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2972

Trending Articles