Selepas mengesahkan bahawa Samsung Galaxy Note7 mempunyai masalah bateri yang mempunyai potensi untuk meletup ketika pengecasan, Samsung telah memghentikan penjualan Note7 diseluruh dunia selain mengumumkan bahawa semua unit Galaxy Note7 yang terlibat akan digantikan secara terus.
Bagi pengguna di Malaysia, Samsung Cellular Malaysia sebelum ini telah mengesahkan bahawa kesemua unit Galaxy Note7 yang telah dijual di Malaysia termasuk melalui wakil penjual rasmi akan digantikan secara satu kepada satu.
Program penggantian Galaxy Note7 di Malaysia akan bermula mulai 29 September dari pukul 10 pagi sehingga 10 malam dan pelanggan boleh menukar Galaxy Note7 mereka ini dikedai yang dibeli oleh mereka.
Disebabkan ini adalah pertukaran satu kepada satu, anda dikehendaki membawa kotak pembungkusan Galaxy Note7 anda yang lengkap seperti ketika pembelian dan sebagai membalas jasa sokongan anda, Samsung akan menawarkan satu unit gelas perlindungan Galaxy Note7 dan satu tahun jaminan perlindungan keretakan gelas secara percuma.
Memandangkan pengguna masih mempunyai baki 23 hari sebelum program pertukaran ini bermula, kami menasihati pemilik Samsung Galaxy Note7 untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan jika anda mempunyai telefon pintar yang lain, anda mungkin boleh menggunakanya untuk sementara waktu.
Maklumat lanjut lain boleh diketahui di pautan sumber dibawah
Share this: