Image may be NSFW.
Clik here to view.
Kita hanya perlu menunggu beberapa hari sahaja lagi sebelum pelancaran rasmi Apple iPhone 7 dan iPhone 7 Plus diadakan pada 7 September ini ( eight September waktu di Malaysia).
Walaubagaimanapun, melalui laporan terbaru, Penganalisa terkenal KGI Securities iaitu Ming-Chi Kuo telah mendedahkan ramalan beliau mengenai spesifikasi yang akan dimiliki oleh Apple iPhone 7 dan iPhone 7 Plus.
Kuo mendedahkan bahawa Apple akan menyertakan pemproses Apple A10 yang ditetapkan pada 2.4GHz namun kelajuan yang dihadkan pada tahap yang lebih rendah untuk mengelakkan masalah kepanasan dan pengunaan bateri yang tinggi masih menjadi kemungkinan.
iPhone 7 akan memiliki 2GB RAM manakala iPhone 7 Plus akan hadir dengan 3GB RAM yang disertakan khas untuk menyokong bebanan pemprosean kamera berkembar.
Kamera berkembar yang eksklusif kepada iPhone 7 Plus akan hadir dengan unit kamera 12MP yang berbeza. Satu unit kamera akan mempunyai piksel yang lebih besar dengan lensa 6-elemen dan ois manakala unit kedua akan mempunyai lensa 5-elemen. Apple iPhone 7 pula akan menerima satu unit kamera 12MP.
Bercakap mengenai memori simpanan dalaman yang akan ditawarkan, mannequin permulaan akan mempunyai 32GB dikuti oleh mannequin 128GB dan 256GB. Harga penjualan dikatakan berada pada kadar penjualan yang sama seperti sebelum ini.
Selain itu, Apple iPhone 7 dan iPhone 7 Plus dikatakan akan memiliki pensijilan IPx7 yang membolehkan kedua-dua telefon pintar ini bertahan didalam air sedalam satu meter untuk 30 minit.
Akhir sekali, Kuo juga meramalkan bahawa penjualan Apple iPhone 7 dan iPhone 7 Plus akan berada sekitar 60-65 juta unit sehingga penghujung tahun ini.
Segala maklumat rasmi mengenai Apple iPhone dan iPhone 7 Plus dijangka akan diketahui pada hari Rabu ini atau awal pagi Khamis di Malaysia.
Share this: