Quantcast
Channel: Java, Android, Virtual, Social, International, and News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2972

Spotify Household Plan dilancarkan – 6 akaun Spotify Premium pada harga RM 22.40 sebulan

$
0
0

Share this:
facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedin

spotify-family-plan-2

Aplikasi penstriman muzik terkemuka di dunia iaitu Spotify kini telah melancarkan satu pakej yang dikenali sebagai Household Plan dimana dengan melanggan pelan ini, anda boleh mendapat akses kepada 6 akaun individu Spoitfy Premium pada bayaran bulanan RM 22.40 sahaja.

Ini bermaksud setiap akaun hanya dikenakan bayaran RM three.73 sebulan untuk anda dan 5 rakan anda menikmati Spotify Premium.

Harga Spotify Household Plan yang baru ini adalah jauh lebih murah berbanding sebelumnya dan anda masih dapat menikmati kesemua ciri yang ditawarkan pada pelan Household Plan seperti sebelum ini.

spotify-family-plan-3

Antara ciri Spotify Premium yang boleh dinikmati oleh anda dan 5 rakan atau ahli keluarga anda adalah playlist tersendiri , pendengaran secara ‘offline’ , tiada iklan dan banyak lagi.

Pelan Spotify Household Plan ini juga membolehkan cara pembayaran yang mudah dimana hanya satu pengguna perlu membayar bil (RM 22.40) dan anda akan mendapat akses kepada hampir 30 juta lagu.

Pelan Spotify Household Plan yang baru ini kini ditawarkan kepada semua pengguna seluruh dunia.

Maklumat lanjut mengenai Spotify Household Plan boleh anda baca di Spotify

Share this:
facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedin

Source link


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2972

Trending Articles