Sebelum pelancaran Apple iPhone 7 dan iPhone 7 Plus 7awal pagi semalam,berita hangat yang sentiasa diperkatakan adalah mengenai masalah bateri Galaxy Note7 yang telah menyebabkan 35 kes letupan baterj dilaporkan sekaligus telah menyebabkan Samsung menghentikan penjualan seluruh dunia.
Masalah bateri ini hanya melibatkan segelinter Galaxy Note7 yang mana ianya menggunakan bateri yang dibekalkan oleh subsidiari Samsung sendiri iaitu Samsung SDI.
Samsung melalui laman sesawang United Kingdom telah menjelaskan bahawa pemanasan melampau sel bateri berlaku apabila ‘anod-kepada-katod menyentuh satu sama lain’ dan syarikat gergasi ini berkata ianya adalah kesilapan pembuatan yang sangat jarang berlaku.
Samsung juga telah mendedahkan daripada 35 kes letupan bateri yang dilaporkan, 17 adalah dari Korea Selatan, 17 di Amerika Syarikat dan 1 kes di Taiwan namun tiada satu pun kes ini dikatakn menyebabkan kecederaan kepada pengguna.
Walaupun tiada sebarang kes dilaporkan di Malaysia, Samsung Cellular Malaysia telah mengesahkan bahawa kesemua mannequin Galaxy Note7 yang telah dijual di Malaysia akan digantikan kepada yang baru mulai 29 September ini. Maklumat lanjut mengenai program penggantian Galaxy Note7 boleh anda baca di sini.
Share this: