Huawei Mate 9 dijangka akan dilancarkan lewat tahun ini dan terdapat kemungkinan besar telefon pintar ini akan menjadi satu lagi mannequin daripada Huawei untuk memiliki kamera berkembar.
Walaupun secara asasnya kamera ini adalah sama seperti yang dimiliki oleh P9, P9 Plus dan Honor eight, kamera berkembar Huawei Mate 9 akan menjadi kamera berkembar pertama keluaran Huawei untuk memiliki optik pengstabilan imej atau lebih dikenali sebagai OIS.
Teknologi kamera berkembar yang disertakan dengan OIS juga dijangka akan digunakan oleh Apple pada iPhone 7 Plus yang akan dilancarkan secara rasmi esok (awal pagi Khamis waktu Malaysia).
Walaubagaimanapun, perbezaan antara kamera berkembar yang digunakan oleh Apple adalah kedua-dua modul kamera mempunyai sensor warna manakala pada Huawei P9 dan P9 Plus, salah satu daripada modul adalah sensor monokrom (hitam putih).
Laporan dari sumber di China juga berkata kamera berkembar Huawei Mate eight akan turut mempunyai penjenamaan Leica iaitu seperti P9.
Huawei Mate 9 ini dijangka akan hadir dengan pemproses Kirin 960, EMUI 5.zero yang berasaskan Android 7.zero Naugat, four atau 6GB RAM dan sokongan LTE Cat.12.
Share this: