Phablet gergasi Xiaomi Mi Max kini secara rasminya ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 999.
Walaupun dilancarkan secara rasmi, Mi Max ini tidak akan dijual secara atas talian melalui stor rasmi Mi Malaysia dan hanya boleh dibeli melalui wakil pengedar rasmi Thorus manakala Lazada juga akan menjadi penjual rasmi mulai hari ini.
Xiaomi Mi Max yang ditawarkan di Malaysia adalah versi dengan pemproses Snapdragon 650, 3GB RAM dan 32GB memori simpanan dalaman.
Versi dengan pemproses Snapdragon 652 , 4GB RAM dan memori simpanan 64GB/128GB tidak ditawarkan di Malaysia buat masa ini.
Xiaomi Mi Max ini hadir didalam dua warna iaitu warna emas dan kelabu dengan harga penjualan RM 999.
Maklumat penuh spesifikasi Mi Max ini boleh anda ketahui dengan menekan pautan ini > Mi Max dilancarkan secara rasmi
Beli Xiaomi Mi Max melalui Lazada di sini
Share this: