Semalam kita telah mendapat pengesahan bahawa Huawei Mate 9 tidak akan dilancarkan di majlis pelancaran khas sempena IFA pada 1 September ini, kini kita menerima satu lagi pengesahan bahawa Huawei akan memperkenalkan dua telefon pintar.
CEO Huawei, Richard Yu telah mendedahkan di Weibo bahawa dua telefon pintar kelas pertengahan akan dilancarkan oleh Huawei pada 1 September ini.
Berdasarkan gambar yang dimuat turun oleh Ketua Pegawai Eksekutif Huawei ini, kedua-dua mannequin telefon pintar ini mungkin hadir dengan reka bentuk berasaskan keluli manakala salah daripada mannequin mungkin memilki panel belakang berasaskan kaca dengan modul kamera bulat.
Salah satu daripada mannequin ini mungkin merupakan telefon pintar Huawei yang disasarkan khusus buat golongan wanita dengan kod nama Huawei Nova.
Apa pun kita tidak harus menunggu lama kerana pelancaran rasmi hanya berbaki satu hari sahaja lagi.
Share this: